Friday, November 17, 2017

HAMARA TRADING

HAMARA TRADING merupakan syarikat hakmilik Bumiputera yang ditubuhkan di Malaysia pada 25 Mei 2011. Syarikat ini mula bertapak dalam industri pembuatan minuman di Johor Bahru, Johor yang khusus dalam pembuatan dan pengedaran pelbagai jenis pati minuman serta minuman kordial yang mudah disediakan. 
 
Kawalan kualiti yang tinggi di HAMARA merupakan keutamaan dalam penghasilan produk-produk kami. Kawalan kualiti ini bermula dari pemilihan bahan mentah dari ladang hak milik sendiri yang disahkan menggunakan sistem bioteknologi serta bebas daripada penggunaan bahan kimia dalam tanaman untuk penghasilan tanaman kontan; hanya buah-buahan yang berkualiti sahaja digunakan. Produk HAMARA lebih dikenali dengan jenama HARA’S JUS serta mempunyai pengguna dan pelanggan tetap yang tersendiri.
 
Penghasilan produk HARA’S JUS terdiri daripada buah-buahan segar, tanpa bahan Pengekstrak, pewarna mahupun perasa serta hanya bahan-bahan asli dan dibenarkan sahaja digunakan. Tambahan pula, khidmat nasihat daripada MARDI digunakan bagi memastikan mutu produk adalah yang terbaik serta menepati citarasa pengguna. Oleh yang demikian, HARA’S JUS merupakan minuman tambahan yang masih mengekalkan mutu serta membantu menyihatkan badan para pengguna.
 
Oleh yang demikian, piawaian kualiti yang ketat telah memberikan HAMARA TRADING kelulusan serta memperolehi sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sila hubungi talian hotline kami 012-3973280 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan produk-produk kami.