HAMARA
TRADING merupakan
syarikat hakmilik Bumiputera
yang ditubuhkan di Malaysia pada 25 Mei 2011. Syarikat ini mula bertapak
dalam industri pembuatan minuman di Johor Bahru, Johor yang khusus dalam
pembuatan dan pengedaran pelbagai jenis pati minuman serta minuman kordial yang
mudah disediakan.
Kawalan
kualiti yang tinggi di HAMARA
merupakan keutamaan dalam penghasilan produk-produk kami. Kawalan kualiti ini
bermula dari pemilihan bahan mentah dari ladang hak milik sendiri yang disahkan
menggunakan sistem bioteknologi serta bebas daripada penggunaan bahan kimia
dalam tanaman untuk penghasilan tanaman kontan; hanya buah-buahan yang
berkualiti sahaja digunakan. Produk HAMARA
lebih dikenali dengan jenama HARA’S JUS
serta mempunyai pengguna dan pelanggan tetap yang tersendiri.
Penghasilan
produk HARA’S JUS terdiri daripada
buah-buahan segar, tanpa bahan Pengekstrak, pewarna mahupun perasa serta hanya
bahan-bahan asli dan dibenarkan sahaja digunakan. Tambahan pula, khidmat
nasihat daripada MARDI digunakan bagi memastikan mutu produk adalah
yang terbaik serta menepati citarasa pengguna. Oleh yang demikian, HARA’S JUS merupakan minuman tambahan
yang masih mengekalkan mutu serta membantu menyihatkan badan para pengguna.
Oleh yang
demikian, piawaian kualiti yang ketat telah memberikan HAMARA TRADING kelulusan serta memperolehi sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sila hubungi talian hotline kami 012-3973280 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan produk-produk kami.